Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu tular tak berfakta cabar kredibiliti pengamal media
  • SEMASA

Isu tular tak berfakta cabar kredibiliti pengamal media

Utusan Sarawak 2 months ago
KEMASKINI SENARAI… Henry Sum kelihatan membuat semakan senarai projek dilaksana untuk Parlimen Lawas dengan Pegawai Pemantau Projek Pusat Khidmat Parlimen Lawas, Singa Siran di pejabatnya, hari ini. 

LAWAS: Peranan media tempatan di Sarawak sangat penting dalam menyalurkan maklumat yang telus dan sahih kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

Menurutnya, cabaran utama yang dihadapi pengamal media hari ini ialah persaingan dengan penularan pelbagai isu viral di media sosial yang kadang kala tidak berasaskan fakta.

“Inilah kesan daripada perkembangan dan ledakan teknologi maklumat. Jika tidak ditangani dengan bijak, ia boleh menggugat perpaduan dan mencetus keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Henry turut memuji pengamal media di Sarawak yang menurutnya masih berpegang teguh kepada prinsip dan etika kewartawanan dalam menyampaikan maklumat.

“Kita bersyukur kerana media tempatan di Sarawak masih kekal beretika dan mampu menyalurkan pelbagai maklumat penting kepada rakyat. Malah, dasar-dasar kerajaan GPS di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Abang Johari turut dilaporkan secara tepat, walaupun ada pihak luar yang cuba memutarbelitkan laporan tersebut,” tambah beliau.

Beliau turut menyarankan agar rangkaian penyiaran milik Sarawak memperluaskan liputan mereka agar tidak terhad kepada laporan mengenai individu tertentu sahaja.

“Seperti yang ditekankan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa sambutan Hari Raya di Lawas baru-baru ini, media milik Sarawak harus memperbanyakkan laporan berkaitan pembangunan, isu sosial, serta menangani serangan ‘wartawan segera’ yang kian berleluasa.

“Adalah satu kerugian jika rangkaian penyiaran milik Sarawak dihadkan peranannya, sedangkan ia mampu menyampaikan maklumat tepat tentang dasar kerajaan serta pencapaian pembangunan kepada rakyat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Henry memaklumkan bahawa beliau akan terus turun padang ke kampung-kampung sepanjang tempoh Parlimen belum bersidang bagi meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Community leaders should stand with the people, not turning them away – Michael Kong
Next: Orang ramai dijemput hadir sambutan Aidilfitri MADANI di Pahang malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.