
KUCHING: Sempena sambutan Hari Raya ketujuh, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah dan suami, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah di kediaman mereka di Jalan Sultan Tengah.
Ketibaan Tun Pehin Sri Wan Junaidi dan isteri disambut mesra oleh Fatimah dan suami serta ahli keluarga.



Pada majlis tersebut, beliau turut beramah mesra bersama para tetamu yang hadir, termasuk Datuk Bandar Dewan Bandar Kiching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman, Presiden Society for Kuching Urban Poor (SKUP) Lt. Kol (Rtd) Dato Fabian Wong, Yang di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Dr. Wan Ali Tuanku Madhi serta isteri masing-masing, setiausaha politik, ketua-ketua masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan.
Tun Pehin Sri Wan Junaidi turut berharap agar budaya ziarah-menziarahi sempena Hari Raya Aidilfitri terus disemarakkan demi mengeratkan silaturahim serta memupuk keharmonian dalam kalangan


Bagi menutup tirai kunjungan Hari Raya Aidilfitri pada hari ketujuh, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi turut menghadiri menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di kediaman mereka di Demak Jaya.
Kunjungan-kunjungan tersebut turut mempererat hubungan persaudaraan serta memupuk semangat keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Oleh Masrin Affirah