Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Verstappen kejutkan McLaren, catat rekod litar untuk petak hadapan
  • SUKAN

Verstappen kejutkan McLaren, catat rekod litar untuk petak hadapan

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANDU Max Verstappen (kiri) melambai ke arah penonton bersama pemandu McLaren dari Britain, Lando Norris yang menduduki tempat kedua dalam sesi kelayakan Grand Prix Jepun Formula Satu di litar Suzuka di Suzuka, wilayah Mie pada 5 April 2025. Foto AFP

SUZUKA: Juara dunia Max Verstappen mencipta kejutan apabila meraih petak hadapan untuk pasukan Red Bull dalam sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun yang dramatik, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Verstappen mencatat masa rekod litar satu minit 26.995 saat untuk menewaskan dua pemandu McLaren, Lando Norris dan Oscar Piastri, masing-masing dengan kelebihan 0.014 dan 0.044 saat, sekali gus meraih petak hadapan ke-41 dalam kariernya.

McLaren sebelum ini memenangi dua perlumbaan pertama musim ini menerusi Norris dan Piastri, selain mendominasi ketiga-tiga sesi latihan di Litar Suzuka.

Walaupun McLaren dianggap lebih kuat dalam perlumbaan jarak penuh berbanding Red Bull, ramalan hujan pada Ahad mungkin memihak kepada Verstappen.

Yuki Tsunoda yang membuat penampilan sulung bersama Red Bull selepas dinaikkan daripada pasukan sekutunya, Visa RB, sekadar menamatkan sesi kelayakan Q2 di tempat ke-15, di belakang Liam Lawson dari Visa RB yang mencatat masa lebih pantas di tempat ke-14.

Sesi Q2 turut terganggu akibat kebakaran rumput di tepi litar yang berpunca daripada percikan api daripada bahagian bawah kereta. Insiden sama turut menyebabkan sesi latihan ketiga dihentikan dua kali lebih awal pada hari sama dan turut berlaku pada Jumaat. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Gunners terlepas peluang kejar Liverpool
Next: Sibu juara bola keranjang bawah 17 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.