Traktor jatuh gaung, warga asing maut

Facebook
WhatsApp
RAKAN mangsa menunggu mayat mangsa di hospital.

KUCHING: Seorang pekerja asing warga Indonesia meninggal dunia apabila traktor yang dikendalinya meluncur jatuh ke dalam gaung di sebuah estet kelapa sawit petang kelmarin.

Menurut rakan sekerja, mangsa yang bernama Syaful Nizam Munzir, 34 tahun, tidak menggunakan gear rendah apabila mengendalikan traktor untuk menaiki bukit.

Kemalangan berlaku di depan mata rakan sekerjanya yang kemudian menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada 3.00 petang dan mayat dihantar ke pusat mayat untuk dibedah siasat.

Oleh Connie Chieng

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan