
LAWAS: Ribuan penduduk Lawas berkunjung ke majlis Rumah Terbuka Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah hotel terkemuka di Lawas petang tadi.
Turut hadir menyambut ketibaan orang ramai ialah Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa serta kenamaan lain.
Majlis diserikan juga dengan persembahan tarian singa oleh Persatuan Kebudayaan Cina Lawas.

Majlis Rumah Terbuka tersebut, yang diadakan selama dua hari, iaitu hari ini dan esok bermula 2.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang tadi.
Sementara itu, majlis pada esok hari pula akan diadakan bermula 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Selain itu, Awang Tengah juga dijangka menghadiri majlis Rumah Terbuka Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Lawas di Banting, diikuti dengan majlis keluarga di Kuala Lawas.
Oleh Adeng Edrus