HENRY SIYU
MUKAH: Tatkala orang ramai disarankan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), namun terdapat sekumpulan mereka yang melepaskan gian dengan menyabung ayam.
Ini berikutan, seorang warga emas berusia 71 tahun dan lima lelaki lain yang ditahan oleh polis di Jalan Ulu Bayan, di sini kelmarin berikutan sedang menyabung ayam.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Ak Panyau, mengesahkan penahanan itu adalah ekoran serbuan yang dibuat pihak polis pada jam 3.10 petang.
“Pihak polis Mukah telah membuat serbuan sabung ayam di Coal Stockpile Jalan Ulu Bayan Mukah. Dalam serbuan itu, kami telah berjaya menahan kima lelaki tempatan berumur di antara 53 tahun hingga 71 tahun,” ujarnya.
Tambahnya lagi, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Mukah(IPD Mukah) untuk siasatan lanjut.
“Pihak polis turut merampas tiga ekor ayam sabung, seekor ayam sabung mati, 18 buah kerusi plastik, satu meja bulat plastik, satumeja kayu segi empat, satu buah alat penimbang(dacing), satu keping kanvas, sebilah pisau taji ayam, dan wang tunai RM 137 yang diletakkan di atas meja kayu,” ujarnya.
Jimmy menyatakan kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan terhadap binatang 1962 dan Sek: 11(1) PPPPB 2020. (Langgar PKP).
Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius perkara tersebut, apatah lagi ia berlaku masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) “Adalah diingatkan supaya penduduk Mukah untuk tinggal di rumah sahaja dalam tempoh ini dan jangan langgar perintah PKP. PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang ingkar,” kata Jimmy yang menegaskan pihak mereka tidak akan berkompromi berkaitan perihal keselamatan,” tegasnya.