

TANJUNG MANIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspress di muara Sungai Paloh pada Sabtu lalu ditangguhkan lagi pada 4.23 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi tersebut ditangguh berikutan faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pagi esok.
“Operasi SAR telah disambung semula pada 12.00 tengah hari tadi, yang mana anggota bomba telah bergerak ke lokasi SAR.
“Tindakan pencarian dipermukaan air menggunakan bot penyelamat menuju ke hilir dan ke hulu Sungai Paloh dalam jarak tujuh kilometer telah dilakukan dan pencarian juga diperluaskan dengan menyelusuri Sungai Bangau, Kampung Kedang namun masih belum menjumpai mangsa.
“Operasi SAR telah ditangguhkan pada 4.23 petang tadi atas faktor cuaca dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi SAR disertai oleh tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis yang diketuai oleh komander operasi, Salahuddin Mohd Dawood, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Coast Guard dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Terdahulu, pada Sabtu lalu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspress di Muara Sungai Paloh.
Setakat berita ditulis, mangsa masih lagi gagal ditemui.
Oleh Earl Anek

Pili bomba baharu perkukuh keselamatan kebakaran di Bukit Assek
SIBU, 23 Oktober: Kekurangan kemudahan pili bomba di beberapa lokasi sekitar kawasan Bukit Assek akan ditangani menerusi pemasangan 10 unit

MBKS puji tindakan sekolah tangani insiden, orang ramai diminta lindungi identiti murid
KUCHING, 22 Oktober: Orang ramai diminta menghentikan penyebaran rakaman video dan gambar yang boleh mendedahkan identiti murid terlibat dalam insiden

Tiada sekolah harus terpinggir daripada program pencegahan jenayah
MUKAH, 22 Oktober: Sekolah yang sebelum ini dikecualikan daripada lawatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) perlu diberi perhatian khusus menerusi pelaksanaan

JAKKSA terus peduli kebajikan golongan kurang bernasib baik di Undop
SIMANGGANG, 22 Oktober: Keprihatinan terhadap nasib golongan kurang bernasib baik terus menjadi keutamaan Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman

Polis rampas cecair ganja bernilai RM347,520 di Kuching
KUCHING, 23 Oktober: Polis Kuching menahan dua wanita dan merampas 724 kartrij yang disyaki mengandungi cecair ganja bernilai RM347,520 dalam

Artifak purba Rom dilelong pada harga tertinggi AS$34.3 juta
NEW YORK, 23 Oktober: Sebuah arca marmar bahagian tubuh seorang maharaja Rom yang berusia kira-kira 2,000 tahun berjaya dilelong pada