Banjir: 32 individu 5 rumah terjejas dipindahkan ke tempat selamat

Facebook
WhatsApp
OPERASI pemindahan mangsa banjir dijalankan dengan bantuan bot ketika air naik di kawasan setinggan berhampiran Jambatan Sungai Plan.
Foto PGO JBPM Sarawak

BINTULU: Seramai 32 mangsa banjir dari lima rumah setinggan berhampiran Jambatan Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong dipindahkan ke tempat selamat, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.26 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba menggunakan bot Miriploy untuk memindahkan semua mangsa setelah mendapati paras air meningkat sehingga enam kaki,” katanya.

Operasi yang berlangsung selama lebih dua jam itu berjaya memindahkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun, tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.47 pagi.

Oleh Carolyne Utih

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut