
PAKAN: Seramai 62 orang murid dan 14 orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Pedanum menyertai ceramah kesedaran keselamatan kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, prohram tersebut dijalankan bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, baru-baru ini.
“Antara pengisian aktiviti termasuklah pengungsian bangunan dan demonstrasi alat pemadam api.
“Tiga orang anggota bomba diketuai Bakar Ujang mengendalikan program tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
“Alhamdulillah, warga sekolah begitu mengambil perhatian dengan program ini.
“Semoga segala ilmu yang diajar oleh pihak kami akan digunakan sebaiknya,” katanya.
Oleh Earl Anek