Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 87 warga SJKC Hing Ung pertingkat kemahiran pertolongan kecemasan
  • Tengah
  • WILAYAH

87 warga SJKC Hing Ung pertingkat kemahiran pertolongan kecemasan

Utusan Sarawak 2 months ago
AHLI BSMM Cabang Sibu merakam kenangan bersama guru-guru dan pelajar SJKC Hing Ung semasa Kursus Asas Pertolongan Cemas, baru-baru ini.

SIBU: Seramai 87 peserta terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa meningkatkan kesedaran serta kemahiran asas bantuan kecemasan apabila menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas secara interaktif di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hing Ung, Sungai Durin baru-baru ini.

Pada program tersebut, peserta diajar teknik menangani kes tercekik, resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED).

Pengerusi Bulan Sabit Merah (BSMM) Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee berkata kursus tersebut merupakan inisiatif persatuan menganjurkan program interaktif di sebuah sekolah luar bandar.

“Kami memperkenalkan konsep ‘Pertolongan Cemas Menyeronokkan’ bagi memastikan pelajar sekolah rendah, menengah serta dewasa dapat memahami kepentingan ilmu ini secara praktikal dan interaktif,” katanya pada majlis itu.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kebanyakan kursus berbentuk teori sering menyebabkan peserta kurang memberi perhatian, justeru pendekatan interaktif ini lebih efektif dalam menarik minat peserta.

“Dengan pendedahan awal, pelajar dapat memahami nilai keselamatan serta kepentingan membantu orang lain dalam situasi kecemasan.

“Guru dan pelajar yang mengikuti kursus ini juga akan lebih bersedia untuk bertindak jika berlakunya kejadian kecemasan seperti lemas atau serangan jantung,” tambahnya lagi.

Selain itu, kursus itu turut membantu memupuk sifat bertanggungjawab dan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar.

PENGHULU Chua Hiong Kee berkongsi ilmu melakukan CPR kepada salah seorang peserta pada Kursus Asas Pertolongan Cemas di SJKC Hing Ung, baru-baru ini.

“Dengan latihan ini, mereka dapat meningkatkan keberanian untuk bertindak dalam situasi kecemasan, sekali gus membentuk masyarakat lebih prihatin serta bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa latihan ini dapat mengurangkan panik dalam situasi kecemasan, membolehkan peserta yang memiliki pengetahuan asas bantuan kecemasan bertindak lebih tenang dalam menghadapi krisis.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan sekolah-sekolah lain untuk menganjurkan kursus seperti serupa bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kemahiran menyelamatkan nyawa dalam kalangan pelajar.

“Mana-mana sekolah yang berminat boleh menghubungi pejabat BSMM Cabang Sibu di talian 084337066 atau menerusi WhatsApp di talian 0163047066,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bekerjasama pastikan sungai bersih, selamat
Next: Lima sekeluarga diselamatkan dari kedaifan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.