Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lima kenderaan musnah terbakar dalam bengkel
  • KEBAKARAN

Lima kenderaan musnah terbakar dalam bengkel

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran bengkel membaiki kenderaan di di Lorong Upper Lanang 32, awal pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Lima kenderaan musnah dalam kebakaran bengkel membaiki kenderaan di Lorong Upper Lanang 32, di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, Bilik Kawalan BBP Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral terima panggilan terus ke balai dari orang awam pada 4.11 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan lima buah kenderaan iaitu dua buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua buah kereta dianggarkan musnah 90 peratus,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, kebakaran itu tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan, operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada 5.01 pagi.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kolej UNIMAS dijilat api
Next: Kereta terbakar akibat mercun disimpan dalam but

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.