Rom: Itali mengharamkan kemasukan pelawat dari 13 negara berisiko tinggi menularkan Covid-19.
Ia termasuk Brazil, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominican, Kuwait, North Macedonia, Moldova, Oman, Panama dan Peru.
Perintah larangan itu ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan negara itu bersama-sama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan.
“Pandemik ini sudah memasuki fasa yang lebih serius,” kata Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza.
Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mensia-siakan pengorbanan rakyat Itali, sejak beberapa bulan lalu.
Itali menjadi negara pertama di luar China dengan kes Covid-19.
Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 242,000 kes positif Covid-19 di Itali dengan lebih 35,000 kematian.-AFP