
SARIKEI: Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan di empat kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan dijalankan bermula 9.58 malam hingga 10.48 malam.
“Kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah Jalan Jubli, Jalan Meranti, Jalan Wharf dan Jalan Nyelong.
“Cuaca semasa pemantauan dijalankan adalah baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, trend air surut semasa pihaknya menjalankan rondaan pemantauan.
“Paras air di setiap kawasan rendah yang dipantau adalah terkawal.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek