

RONDAAN PEMANTAUAN… Pihak bomba menjalankan rondaan pemantauan MTL di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Sebanyak tiga kawasan rendah berisiko banjir dipantau oleh pihak bomba pada malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) dijalankan bermula 10.30 malam hingga 11.00 malam.
“Pemantauan paras air dijalankan di tebingan Sungai Rajang, Terminal Ekspres 1 dan sekitar kawasan pasar Sarikei.
“Seramai tiga anggota bomba menjalankan pemantauan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, trend air surut sedang berlaku semasa pihaknya menjalankan pemantauan.
“Cuaca mendung dan keadaan lalu lintas terkawal di setiap kawasan yang dipantau.
“Tiada kawasan pasar dinaiki air dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek