ZARINA ABDULLAH
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah mengemaskini kawasan yang dijangkiti Covid-19 dengan Bahagian Kuching merekodkan jumlah tertinggi iaitu 72 lokasi, setakat semalam.
Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media harian Covid-19 mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, semalam.
Lokasi yang paling banyak mencatatkan kes positif di Kuching adalah Jalan Patinggan dengan 12 kes, diikuti Lorong Cahaya Aman 2D Taman Putri (6), Jalan Taman Sri Harmoni Petra Jaya (5), Lorong Juara 3G Taman Sukma (5), Kampung Cemerlang Jalan Lapangan Terbang (5), Lorong Piala 8 Taman Sukma (5) dan Kampung Demak Baru Fasa 1, Jalan Gunung Jati (4).
Jalan Kenny Hill, Lorong B4 Taman BDC Stampin, Kampung Pinang Jawa dan Kampung Rampangi Skim Jalan Sultan Tengah masing-masingnya mencatatkan tiga kes.
Manakala bagi kawasan Samarahan, terdapat 14 lokasi merekodkan kes positif dengan lima kes di Lorong 12C Uni Garden, Kampung Tanjung Bundong (4), Kampung Sungai Empit (2), Lorong 22 Taman Desa Ilmu (2), Taman Samarindah Fasa 3B (2) dan Lorong 22E4 Taman Desa Ilmu (2), sementra lokasi-lokasi lain masing-masingnya mencatatkan satu kes.
Daerah Serian pula merekodkan enam tempat dengan masing-masingnya satu kes positifi iaitu di Kampung Senyawan, Kampung Rimba Padi, Taman Duranda Emas Batu 19, Kampung Tapah, Kampung Reban dan Kampung Chupak.
Betong pula merekodkan lima lokasi positif dengan 12 kes keseluruhan iaitu di Debak Laut (5), Kampung Debak (2), Kampun Lalang (2), Kampung Bungey (1) dan Jalan Debak (2).
Sarikei merekodkan enam kes melibatkan dua lokasi di Jalan Tung Yee 2 (5) dan Taman Nyelong (1), sementara Pantu di Sri Aman, Kampung Igan di Mukah, Lorong Sentosa Timur 3A di Sibu masing-masingnya satu kes.
Bintulu pula mencatatkan empat lokasi dengan lima kes positif, Miri 15 kes positif di tujuh tempat dan Limbang merekodkan tiga lokasi dengan lima kes positif.