KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza berbanding aliran serantau selepas meningkat semula daripada penurunan awal untuk ditutup pada paras tertinggi harian, didorong oleh pembelian berterusan di kaunter pembuat sarung tangan, kata peniaga.
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.59 mata untuk ditutup kepada 1,591.84 daripada 1,583.25 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks dibuka tinggi 4.33 mata lebih rendah kepada 1,578.92 dan bergerak di antara paras 1,574.08 dan 1,591.84 sepanjang hari.
Bagaimanapun, suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 657 kepada 425, manakala 404 kaunter tidak berubah, 467 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 8.70 bilion saham bernilai RM5.03 bilion daripada 10.24 bilion saham bernilai RM5.18 bilion pada Khamis.
Di peringkat serantau, Bursa Saham Shanghai China turun 1.95 peratus kepada 3,383.32, Nikkei 225 Jepun turun 1.06 peratus kepada 22,290.81, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 1.84 peratus kepada 25,727.41, KOSPI Korea Selatan jatuh 0.81 peratus kepada 2,150.25 dan Indeks Straits Times Singapura turun 0.63 peratus kepada 2,652.65.
Peniaga berkata saham-saham Asia diniagakan rendah selain saham China yang menyusut daripada peningkatan selama lapan hari berturut-turut.
Negara-negara serantau turut mengambil isyarat daripada penurunan semalaman ekuiti Amerika Syarikat berikutan kebimbangan bahawa penularan semula kes Covid-19 akan menggagalkan usaha pemulihan ekonomi yang terbesar di dunia, katanya.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya rendah sepanjang sesi pagi, namun berjaya menutup kerugiannya selepas sesi tengah hari, dibantu oleh pembelian saham pembuat sarung tangan.
“Saham kewangan yang mencatat peningkatan sejak beberapa hari lepas perlahan hari ini, namun, pembelian saham pembuat sarung tangan terus menyokong pasaran.
“FBM KLCI meneruskan aliran peningkatannya berikutan pengukuhan dagangan harian. Sentimen pasaran kekal kukuh berikutan pasaran mengalami peningkatan mudah tunai dalam jumlah yang besar,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM7.90, Tenaga turun 12 sen kepada RM11.36, Top Glove meningkat 74 sen kepada RM21.92, Hartalega naik 46 sen kepada RM17.06, manakala Public Bank tidak berubah pada RM18.50.
Dalam kalangan saham paling aktif, PDZ Holdings naik 1.5 sen kepada 20.5 sen, Dagang Nexchange menambah 3.5 sen kepada 25 sen, waran Dagang Nexchange menokok dua sen kepada empat sen, Trive Property rendah setengah sen kepada satu sen manakala waran Pegasus tidak berubah pada satu sen.
Di papan indeks, FBM Emas 45.85 mata lebih tinggi kepada 11,206.81, Indeks FBMT 100 naik 50.54 mata kepada 11,061.38 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 77.56 mata kepada 12,811.95.
FBM 70 naik 26.54 mata kepada 13,816.85 dan Indeks FBM ACE turun 62.27 mata kepada 7,175.65.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.06 mata kepada 139.70, Indeks Perladangan naik 2.26 mata kepada 6,861.08, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.63 mata kepada 139.07.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 5.70 bilion saham bernilai RM4.21 bilion daripada 5.29 bilion saham bernilai RM4.29 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran naik kepada 751.77 juta unit bernilai RM336.19 juta daripada 647.72 juta unit bernilai RM243.14 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 2.25 bilion saham bernilai RM492.04 juta daripada 4.30 bilion saham bernilai RM651.20 juta pada Khamis.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang kepada 498.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (826.79 juta), pembinaan (251.40 juta), teknologi (1.50 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.94 juta), hartanah (542.31 juta), perladangan (32.54 juta), REIT (9.03 juta), dana tertutup (5000), tenaga (377.41 juta), penjagaan kesihatan (125.90 juta), telekomunikasi dan media (135.09 juta), pengangkutan dan logistik (1.27 bilion) dan utiliti (49.76 juta).- Bernama