BBP Bintangor agih 100 pek bubur lambuk kepada orang awam

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
GOTONG-ROYONG….Pihak BBP Bintangor bergotong-royong memasak bubur lambuk. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 100 pek bubur lambuk diagihkan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor kepada orang awam sempena Ramadan.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pengagihan bubur lambuk tersebut dijalankan di Bazar Ramadan Bintangor, baru-baru ini.

TERIMA KASIH….Bubur lambuk diagih kepada orang awam yang berada di sekitar bazar. Foto BBP Bintangor

“Selain itu, kami (bomba) turut menjalankan kempen kesedaran kebakaran menjelang Aidilfitri.

“Pengagihan bubur lambuk kepada orang awam yang berada di bazar dijalankan pada 3.00 petang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, antara aktiviti yang turut dijalankan adalah penyerahan risalah kesedaran keselamatan kebakaran kepada orang awam.

MAHIR….Orang awam belajar cara mengendalikan kebakaran dapur memasak. Foto BBP Bintangor

“Kami juga mengadakan demonstrasi mengendalikan kebakaran dapur memasak.

“Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, katanya, pihaknya mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk pada sebelah pagi di BBP Bintangor.
Oleh Earl Anek

Kebakaran sampah berjaya dipadamkan bomba

SARIKEI: Respons pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghalang kebakaran membabitkan longgokan sampah di Jalan Simpang Sare