Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Al Jazeera: 4 individu dipanggil beri keterangan
  • NASIONAL

Al Jazeera: 4 individu dipanggil beri keterangan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Julai -- Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera menjawab pertanyaan media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. Seramai empat individu termasuk petugas Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan COVID-19. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PEGUAM Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera menjawab pertanyaan media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk petugas agensi berita antarabangsa Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman semalam bagi memberi keterangan berhubung sebuah dokumentari mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika penularan wabak Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata, antara yang dipanggil ialah pengendali dan wartawan Al Jazeera bagi membantu siasatan itu.

Mereka tiba di Bukit Aman bersama tujuh peguam kira-kira jam 8.50 pagi semalam  dan cuba mengelak ditemu bual pemberita di lokasi.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Pada Rabu lepas, Bernama melaporkan sebanyak lima laporan polis dibuat oleh beberapa pihak termasuk Jabatan Imigresen Malaysia berhubung dokumentari yang disiarkan agensi berita itu dan polis mengenal pasti beberapa individu untuk dipanggil bagi membantu siasatan kes.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: Isteri terima faedah Perkeso RM1,179 sebulan
Next: 532 individu gagal hadir saringan kedua Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.