

BINTULU: Masalah takungan air di Tanah Perkuburan Anglican Bintulu yang berlarutan setiap kali hujan lebat akan diatasi melalui pelaksanaan sistem saliran baharu di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata, keadaan itu bukan sahaja menyukarkan waris dalam urusan pembersihan kubur tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan akibat pembiakan nyamuk.
“Isu ini perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan penduduk sekitar.
“Saya telah meminta Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) Bahagian Bintulu untuk segera perancangan pembinaan sistem saliran baharu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menggesa pihak pengurusan gereja untuk terus memantau keadaan tanah perkuburan bagi memastikan persekitaran kekal bersih, selamat, dan bebas daripada risiko penyakit bawaan air.
OLEH CAROLYNE UTIH