KUCHING: Berikutan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk mendigitalisasi ekonomi Sarawak melaui program transformasi, satu inisiatif telah diambil oleh Sarawak untuk meletakkannya di mata dunia tahun depan.
PP Telecommunications Sdn Bhd (PPTel), sebuah syarikat yang berasal dari Sarawak sedang dalam proses mendapat akreditasi tertinggi dari Uptime Institute iaitu Tier IV untuk Rekabentuk dan Operasi bagi Pusat Data PPTEL yang akan sedia pada suku pertama tahun depan.
Akreditasi ini adalah yang pertama di Malaysia dan Borneo di mana upacara menandatangani anugerah akan diadakan pada 30 Jun ini di Kuala Lumpur.
“Untuk mendapat pensijilan Tier IV yang diiktiraf antarabangsa memerlukan tenaga mahir untuk mengurus Pusat Data.
“Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada warga Sarawak untuk mendapat pertauliahan dan bekerja dengan organisasi seperti PPTel yang dikitiraf antarabangsa di sini,” kata Pengerusi PPTel, Abang Adillah Izzarim .
“PPTel adalah komited kepada usaha Kerajaan Sarawak dalam Program Transformasi Digital dan kunci utama untuk menjayakan projek ini adalah perhubungan antarabangsa ke hab telekomunikasi wilayah di Singapura menerusi Batam Sarawak Internet Cable System (BaSICS dijadualkan bersedia secara komersil pada Disember tahun ini dan rangkaian fiber optik yang menghubungkan sempadan Kalimantan, Indonesia dan Brunei akan juga menghubungkan semua kawasan di Sarawak,” kata Adillah.
Beliau berkata, organisasi yang terlibat dalam proses kritikal tidak boleh mengalami kejatuhan di dalam server yang perlu menggunakan Pusat Data berperingkat yang tertinggi untuk memastikan tidak adanya gangguan bekalan elektrik untuk sistem penyejukan dan server.
“Mengambil kesempatan sumber boleh diperbaharui menerusi empangan di Sarawak, Pusat Edge Data PPTel boleh membekal kuasa yang cukup untuk server cloud.
“PPTel juga melihat kepada tahap yang paling tinggi iaitu status Gold untuk Operasi Pusat Data untuk diiktiraf sebagai “GOLD” daripada Institut Uptime apabila ia bersedia secara komersil,” Adillah.
Oleh Connie Chieng