Cerminan ‘polis, masyarakat berpisah tiada’

Facebook
WhatsApp

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas mengadakan Program Agihan Bubur Kacang sempena Ramadan di Jalan Trusan, semalam.
Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan turut hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut, yang bermula pada 9.00 pagi.

Para pegawai, anggota IPD Lawas dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Lawas bergotong-royong dalam menyediakan dan mengagihkan bubur itu.
“Pada petang ini (semalam), agihan bubur kacang dilaksanakan di Jalan Trusan, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas.
“Program berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, 500 pek bubur kacang berjaya diagihkan kepada orang ramai,” jelasnya.

Menurut DSP Liong Tindan, program sebegini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat, malah mencerminkan semangat ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’ yang saling memerlukan antara satu sama lain.
“Ramadan ini adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam, melalui program seperti ini, kita dapat mengukuhkan lagi hubungan dalam pasukan polis,” ujarnya.

OLEH ADENG EDRUS

PENGHARGAAN… Dato Henry Sum Agong menerima cenderamata daripada DSP Liong Tindan semasa pengagihan bubur kacang di Lawas, semalam.