Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan ikonik Bintulu-Jepak dibuka Ahad ini
  • WILAYAH

Jambatan ikonik Bintulu-Jepak dibuka Ahad ini

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Jambatan Bintulu-Jepak yang menjadi mercu tanda baharu bandar Bintulu akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Ahad ini (23 Mac).

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 10.00 pagi dan akan disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pembukaan jambatan itu amat dinantikan kerana ia bakal menghubungkan Bintulu dengan Jepak dengan lebih efisien, sekali gus memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke pusat bandar daripada 22 kilometer (km) kepada hanya 6.4 km.

Dibina dengan kos RM460 juta, jambatan sepanjang 268 meter yang merentasi Sungai Kemena itu merupakan jambatan kabel empat lorong pertama di Malaysia Timur, menampilkan dua menara utama serta kejuruteraan moden yang kukuh.

Persiapan akhir kini giat dijalankan, dan penduduk setempat sudah mula membincangkan pembukaannya, yang dijangka membawa perubahan besar kepada ekonomi dan mobiliti di kawasan pesisir.

Dengan pembukaan rasmi ini, Jambatan Bintulu-Jepak bakal menjadi satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur Sarawak, mempercepat pertumbuhan bandar dan memudahkan pergerakan rakyat.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Pimpinan telus, berintegriti pererat hubungan
Next: Edar 30 pek makanan dalam tempoh satu jam menerusi program Singgah Sahur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.