Kawasan rendah berisiko banjir di Sarikei dipantau

Facebook
WhatsApp
DIPANTAU….Paras air di tebingan Sungai Nyelong dipantau oleh anggota bomba pada malam tadi. Foto BBP Sarikei.

SARIKEI: Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) telah dijalankan oleh pihak bomba pada malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan paras air dijalankan di Tebingan Sungai Nyelong bermula 9.06 malam hingga 9.23 malam. 

“Rondaan dijalankan oleh dua anggota bomba. Keadaan semasa di kawasan rendah berisiko banjir tersebut masih dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, paras air terkawal dan air sungai sedang surut. 

“Semasa rondaan, hujan renyai-renyai sedang berlaku. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek