JUVENTUS mempersia-siakan peluang untuk melonjak 10 mata di puncak Serie A Itali ketika juara bertahan melepaskan kelebihan dua gol untuk tewas 4-2 di AC Milan dibayangi kehebatan Zlatan Ibrahimovic semalam, setelah kekalahan mengejut pasukan tempat kedua Lazio di Lecce .
Anak buah Maurizio Sarri mendahului menerusi gol daripada Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo pada awal babak kedua, tetapi kemudian terpaku dengan penampilan cemerlang Milan ketika Ibrahimovic menjaringkan gol dan membantu mencipta satu lagi.
Jurulatih Milan, Stefano Pioli, yang dilaporkan akan dipecat pada akhir musim, menyaksikan pasukannya meningkatkan harapan mereka untuk layak ke pertandingan Eropah dengan melonjak ke atas Roma dan Napoli ke tangga kelima.
“Saya tidak memikirkan 3 Ogos atau masa depan. Saya memikirkan perlawanan seterusnya,” kata Pioli kepada DAZN. “Ada beberapa saat yang sukar, tetapi saya suka apa yang saya lakukan.”
Juve tetap berada di landasan betul untuk merangkul gelaran Serie A kesembilan berturut-turut, dengan berada tujuh mata di hadapan Lazio dengan baki tujuh perlawanan lagi, tetapi boleh menamatkan saingan itu dengan kemenangan.
Kekalahan itu menamatkan rentak tujuh kemenangan berturut-turut gergasi dari Turin ini dalam liga.
Tetapi Milan mendapat talian hayat tepat pada masanya ketika Bonucci dihukum kerana menampan bola dengan tangan, dan Ibrahimovic melangkah untuk menjaringkan gol keenamnya sejak kembali ke San Siro dari LA Galaxy pada Januari.
Pemain berusia 38 tahun itu melengkapkan dua perlawanan berturut-dengan menjaringkan gol dengan membantu mencipta gol untuk Franck Kessie pada minit ke-66.
Hebatnya, Milan melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol ketiga dalam tempoh lima minit apabila Rafael Leao berjaya menewaskan Szczesny di depan gol.
Ante Rebic mempunyai peluang yang baik untuk menjadikannya 4-2 dengan perlawanan berbaki 12 minit, tetapi Szczesny berjaya mengeluarkan bola dengan kakinya.
Pemain antarabangsa Croatia itu mengesahkan tiga mata dua minit kemudian walaupun dengan gol liga ke-10 beliau musim ini. – AFP