Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kolam kumbahan sisa minyak sawit Kilang MJM terbakar
  • KEBAKARAN

Kolam kumbahan sisa minyak sawit Kilang MJM terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
KOLAM kumbahan sisa minyak sawit di Kilang MJM, Jalan Persisiran Pantai Bekenu Niah terbakar sekitar 11.00 pagi semalam.

BEKENU: Kolam kumbahan sisa minyak sawit di Kilang MJM, Jalan Persisiran Pantai Bekenu Niah terbakar sekitar 11.00 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Batu Niah PBT II Rary Binjie ketika dihubungi berkata, pihaknya terima panggilan pada 11.01 pagi dan jentera keluar 11.02 pagi ke lokasi sejauh 27 kilometer.

ANGGOTA bomba turut dibantu 30 pekerja kilang untuk memadamkan kebakaran kolam penyejuk minyak sawit di Kilang MJM, Jalan Persisiran Pantai Bekenu Niah.

“Pasukan sampai di tempat kejadian sekitar 11.29 pagi dan didapati benar berlaku kebakaran kolam kumbahan sisa minyak sawit dengan keluasan 5643.15 meter persegi terbakar dan pekerja kilang MJM telah membuat pemandaman awal menggunakan Alat Pemadam Api (APA) 50 tong.

“Operasi Pasukan Bomba dibantu 30 pekeja kilang membentang hos dua aliran 1,000 kaki dua nozel untuk memadam di bahagian kiri kolam, manakala satu aliran 1,800 kaki satu nozel untuk memadam di bahagian kanan kolam, sumber air dari pili Bomba Kilang MJM Sibuti,” katanya.

Tambahnya, seterusnya PKO membuat pemeriksaan di sekitar kawasan terbakar untuk memastikan tiada sumber api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Setelah selesai membuat pemeriksaan dan tiada lagi punca api menyebabkan kebakaran berulang, PKO bertolak balik ke balai.

Operasi itu diketuai oleh Komander Operasi PBK I Jeffery Majin dan tamat 3.14 petang. Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bilik dapur dijilat api, tiga terselamat
Next: Anggota bomba bergadai nyawa semasa bertugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.