Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 130 pusat pendidikan sementara dibuka di Gaza
  • GLOBAL

130 pusat pendidikan sementara dibuka di Gaza

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan

RAMALLAH: Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA)  mengumumkan  ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan ini dibuat  oleh Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini  dan dimuatkan di akaun X beliau pada Sabtu sambil menekankan peranan agensi itu dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran langsung kepada kanak-kanak di Gaza, yang menghadapi pembunuhan dan kehilangan tempat tinggal selama hampir 16 bulan akibat serangan genosid Israel.

Lazzarini menegaskan bahawa UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa “pendidikan memulihkan sedikit harapan kepada kanak-kanak Gaza, membantu mereka pulih,” sambil menyatakan peranannya dalam mengatasi “trauma yang tidak terkata yang dialami oleh kanak-kanak.”

Bagaimanapun, beliau berkata: “Kita masih lagi jauh dalam menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk belajar.”

Pemimpin PBB itu seterusnya berkata, “Cabaran di Gaza sangat besar, dan tiada masa untuk dibazirkan. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan pupusnya generasi kanak-kanak Palestin.”– BERNAMA-WAFA

Continue Reading

Previous: Fenomena ‘Blood Moon’ dapat dilihat di beberapa lokasi
Next: Dituduh bunuh pesakit demi mudahkan kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.