Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Nguar Bubur’ 2025 erat hubungan sesama masyarakat
  • TEMPATAN

‘Nguar Bubur’ 2025 erat hubungan sesama masyarakat

Utusan Sarawak 2 months ago
GAUL BUBUR… Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai bersama tetamu kehormat menggaul bubur Masja-sa di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

PETRA JAYA: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) meneruskan tradisi tahunan dengan menganjurkan Majlis ‘Nguar Bubur’ 2025 sebagai usaha mengeratkan hubungan sesama masyarakat di sekitar Kuching.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, program itu pada tahun ini mendapat kerjasama daripada pihak Liansin Sdn Bhd dan Bernas Wilayah Sarawak.

“Pihak Liansin Sdn Bhd dan Bernas Wilayah Sarawak masing-masing menaja 500 kilogram beras bagi menyokong acara tahunan ini.

“Selain itu, pada majlis hari ini pihak TV Sarawak (TVS) dengan kerjasama Big Pharmacy menaja tiga periuk bubur untuk diagihkan kepada masyarakat setempat,” katanya.

AGIH… Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai mengagihkan bubur Masja-sa kepada masyarakat sekitar Kuching.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ‘Nguar Bubur’ Masja-sa 2025 di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya program itu bukan sahaja memperkukuh ukhwah Islamiah tetapi juga melambangkan kepedulian institusi masjid dalam menyantuni masyarakat.

“Tradisi penyediaan bubur Masja-sa ini telah diwarisi sekian lama dan LAKMNS mengambil inisiatif untuk meneruskan tradisi ini bagi memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam menghidupkan suasana Ramadan dengan amalan bersedekah dan bergotong-royong,” tambahnya.

Dalam program itu, dianggarkan sebanyak 3,000 pek bubur Masja-sa yang disediakan oleh kakitangan LAKMNS dan sukarelawan belia telah diagihkan secara pandu lalu kepada masyarakat sekitar Kuching.

Pengagihan bubur itu berlangsung pada 11 hingga 20 Mac ini di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandar Raya Kuching selepas solat Asar.

Turut hadir, Ketua Unit Perhubungan Pihak Berkepentingan Bernas Sarawak, Sopian Lokmas, Eksekutif Pembangunan Pemasaran Liansin Sdn Bhd, Andrew Bong Wei Jie, Presiden Kelab Kakitangan Sarawak Media Group (SMG), Sardon Zainal dan Penolong Pengurus Kawasan Big Pharmacy, Sonia Yap Yung Hwei serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Mohamad Feisal Said.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perkenal Ombudsman Sarawak kepada agensi perkhidmatan awam negeri
Next: ‘Juh Berambeh Sungkei’ eratkan hubungan, kukuhkan perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.