
SIBU: DAL HCM Sdn. Bhd. semalam menyerahkan sumbangan cek bernilai RM5,000 kepada Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
Majlis penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar DAL HCM, Dasuki Razali, bersama Pengurus Operasi, Mike Jackson Tsai.
Sumbangan diterima oleh Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak Dato’ Mohamad Yusnar Matalie merangkap Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang Sibu.
Selain sumbangan kewangan, DAL HCM turut menyampaikan bag sekolah, alat tulis, serta duit raya kepada anak-anak yatim di kompleks berkenaan.
Inisiatif ini bertujuan menceriakan mereka menjelang Aidilfitri serta memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Pihak DAL HCM Sdn. Bhd. berharap sumbangan ini dapat membawa manfaat dan membantu meringankan beban penerima dalam menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.
Oleh Tarani Lanting