Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Seluruh England: Cabaran Malaysia berakhir
  • SUKAN

Seluruh England: Cabaran Malaysia berakhir

Utusan Sarawak 2 months ago
AKSI wakil negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie semasa beraksi menentang lawan masing-masing pada suku akhir Seluruh England di Arena Utilita di Birmingham, England hari ini. Foto FB BAM

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam saingan badminton Seluruh England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, iaitu beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Utilita Birmingham, Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila tewas kepada pasangan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama, dalam straight set 17-21, 19-21 selepas beraksi selama 41 minit.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon turut menerima nasib sama apabila tewas kepada pasangan China, Jiang Zheng Bang-Huang Dong Ping.

Saingan bermula dengan baik buat pilihan pertama kejohanan itu apabila mereka memenangi set pertama 21-18.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari apabila momentum itu gagal diteruskan oleh pasangan suami isteri tersebut, menyebabkan mereka tewas dalam dua set berikutnya 8-21, 10-21 dalam aksi yang berlangsung selama 45 minit

Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Soon Huat mengakui bahawa gandingan China itu berjaya menampilkan aksi yang lebih baik dan konsisten berbanding mereka.

“Mereka memperagakan aksi yang konsisten dan memaksa kami melakukan banyak kesilapan,” katanya menerusi audio yang dikongsikan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kejohanan bertaraf Super 1000 itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$1.45 juta (RM6.4 juta).

Kedua-dua beregu negara yang mara ke peringkat suku akhir masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$9,062 (RM40,281). – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liga Konferens: Chelsea mudah ketepikan Copenhagen
Next: Liverpool ketiadaan Alexander-Arnold kerana cedera 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.