Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasangan Korea Selatan sekat Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
  • SUKAN

Pasangan Korea Selatan sekat Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir

Utusan Sarawak 2 months ago
GANDINGAN Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (gambar) tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, di Utilita Arena Birmingham, semalam. Foto BAM

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk melihat beregu lelaki negara terus bersaing di Seluruh England lebur selepas gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas di pusingan kedua di Birmingham, semalam.

Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 16-21, 13-21 di Utilita Arena Birmingham.

Pasangan kedua dunia itu mengalami nasib sama seperti lima gandingan Malaysia termasuk bekas juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang tersingkir seawal pusingan pertama.

Harapan Malaysia kini terletak pada dua pasangan beregu lagi iaitu gandingan wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang meneruskan perjuangan di kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelima akan bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida manakala pilihan utama, Soon Huat-Shevon dijadualkan berdepan pasangan China Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping di suku akhir hari ini.

Pearly-Thinaah sebelum itu menyingkirkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-16, 21-14.

Soon Huat-Shevon pula membuktikan kehebatan mereka apabila mengambil masa 25 minit sebelum menewaskan pasangan Scotland Alexander Dunn-Julie MacPherson 21-9, 21-10. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Keputusan Liga Europa
Next: Liga Konferens: Chelsea mudah ketepikan Copenhagen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.