Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe kembali bersama Perancis
  • SUKAN

Mbappe kembali bersama Perancis

Utusan Sarawak 2 months ago

Kylian Mbappe

PARIS: Kapten, Kylian Mbappe kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Perancis menjelang aksi suku akhir Piala Negara-Negara Uefa bulan ini.

Pemain muda Paris Saint-Germain (PSG), Desire Doue pula dipanggil buat kali pertama.

Mbappe, 26, diketepikan dalam dua skuad terakhir Perancis oleh jurulatih, Didier Deschamps bagi perlawanan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara pada Oktober dan November.

Bintang Real Madrid itu digugurkan kerana masalah kecergasan sebelum digugurkan selepas isu mengenai kehidupan peribadinya.

Deschamps berkata, ketika itu keputusan tidak menyenaraikan Mbappe adalah yang terbaik berikutan kekecohan melanda penyerang berkenaan.

Mbappe kembali berada pada prestasi terbaik di Real dan setakat ini sudah menjaringkan 28 gol dalam semua kejohanan untuk kelab disertainya pada tahun lalu itu.

“Saya sudah berbincang dengannya dan mengesahkan apa yang saya katakan beberapa minggu lalu iaitu dia akan menjadi kapten,” kata Deschamps mengulas mengenai peranan Mbappe sebagai kapten pasukan.

Doue yang dianggap sebagai pemain serba boleh dipanggil sebagai pengiktirafan selepas prestasi cemerlangnya bersama PSG.

Pemain berusia 19 tahun itu sudah menjaringkan dan mengumpan 17 gol dalam 23 penampilan sejak menjadi pemain tunggak di PSG sejak pertengahan Disember.

Berkebolehan beraksi sebagai pemain sayap dan pemain tengah, Doue cemerlang ketika dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi Rabu lalu antara PSG dan Liverpool di Anfield, yang menyaksikan mereka menang menerusi penentuan sepakan penalti. AFP

Continue Reading

Previous: Kecederaan bukan penghalang ke suku akhir
Next: Liga Europa: Man United mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.