Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh hubungan pemimpin, rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

Perkukuh hubungan pemimpin, rakyat

Utusan Sarawak 2 months ago
AGIH … Ahmad Abdul Razak mengagihkan bubuk lambuk kepada orang ramai pada Program Agihan Bubur Lambuk. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak menzahirkan sokongan penuh terhadap Program Agihan Bubur Lambuk sekali gus menunjukkan komitmen Kelab Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dalam membantu masyarakat setempat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.
Beliau berkata, program tersebut bermatlamat untuk menyemarakkan semangat Ramadan dan memperkukuhkan silaturahim dalam komuniti setempat.
Sementara itu, Pengerusi Kelab KMKK DUN Muara Tuang, Elen Mustafa berkata, program tersebut bukan sahaja bertujuan mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
“Dengan adanya program sebegini, kita dapat mengukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti dan memastikan setiap lapisan masyarakat turut merasai keberkatan Ramadan,” katanya Program Agihan Bubur Lambuk
Sebanyak 400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar, sebagai satu inisiatif kebajikan yang menyatukan masyarakat dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Program Agihan Bubur Lambuk dijangka diteruskan pada tahun depan dengan impak yang lebih besar dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan komuniti Muara Tuang. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sistem EWS dicadangkan di Annah Sadir
Next: Naik taraf jalan pertanian di Sungai Tali Paun dilaksana tidak lama lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.