Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua penunggang maut motosikal rempuh pacuan empat roda
  • KEMALANGAN

Dua penunggang maut motosikal rempuh pacuan empat roda

Utusan Sarawak 2 months ago
REMUK… Keadaan motosikal mangsa yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda.

KUCHING: Suasana malam di Jalan Astana bertukar tragis apabila dua penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai membelok secara mengejut, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar 11.00 malam ketika kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, menunggang motosikal sebelum bertembung dengan kenderaan SUV tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke tengah jalan. 

“Pembonceng motosikal maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penunggang motosikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu SUV terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan, dengan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera, kereta dipandu langgar pokok
Next: Operasi SAR cari lelaki hilang diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.