Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua juruterbang didakwa tidak sengaja gugurkan bom
  • GLOBAL

Dua juruterbang didakwa tidak sengaja gugurkan bom

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN sebuah rumah yang terkena bom.-FOTO YONHAP

SEOUL: Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa pada Khamis selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan minggu lalu, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.  

Pada Khamis lalu, dua pesawat tempur KF-16 menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, mencederakan 38 orang termasuk 24 orang awam.  

“Pasukan Penyiasatan Jenayah mengesahkan bahawa kesilapan juruterbang dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama kejadian,” lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian.

Dua juruterbang yang didakwa pada Khamis dikenakan pertuduhan kecuaian profesional sehingga menyebabkan kecederaan.  

Dalam siasatan awal yang diumumkan pada Isnin, Tentera Udara memaklumkan bahawa pegawai berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang untuk menyedari kesilapan mereka selepas memasukkan koordinat sasaran yang salah sebelum berlepas.  

Tentera Udara turut mengaitkan insiden itu atas kelemahan dalam pengurusan dan prosedur pemeriksaan, serta menggugurkan dua komander unit kerana gagal memberi arahan yang jelas kepada anggota bawahan mereka. — BERNAMA-YONHAP

Continue Reading

Previous: 13 maut, 20 cedera kemalangan bas di Bolivia
Next: Pelancaran roket batal, 2 angkasawan terpaksa tunggu lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.