Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Polis rampas pelbagai iklan pinjaman wang libat 23 nombor telefon berbeza  
  • Utara
  • WILAYAH

Polis rampas pelbagai iklan pinjaman wang libat 23 nombor telefon berbeza  

Utusan Sarawak 2 months ago
POLIS merampas pelbagai iklan pinjaman wang yang disyaki tanpa lesen melibatkan 23 nombor telefon yang berbeza, semalam.

MIRI: Polis merampas pelbagai iklan pinjaman wang yang disyaki tanpa lesen melibatkan 23 nombor telefon yang berbeza, semalam.

Menurut jurucakap Polis Daerah Miri, kejayaan rampasan itu adalah dalam operasi menanggalkan banner, pelekat, dan kad iklan pemberi pinjam wang disyaki tanpa lesen di kawasan bandar raya, dan taman perumahan di sekitar Daerah Miri.

Sehubungan itu, pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam segala aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau ahlong.

Operasi itu telah diadakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri bersama Majlis Bandaraya Miri yang bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Maklumat berkaitan Jenayah Komersil boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Bilik Gerakan IPD Miri 085-432533.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: CSR wadah bantu golongan memerlukan
Next: Imbau kenangan lalu sambil berbakti semula kepada sekolah menerusi penubuhan alumni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.