Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching City benam Sang Kenari
  • SUKAN
  • TEMPATAN

Kuching City benam Sang Kenari

Utusan Sarawak 2 months ago
LINCAH BERAKSI... Tchetche Herman Brice Kipre dan Muhammad Ramadhan Saifullah pada Liga Super di Stadium Negeri, Kuching hari ini. -Foto BERNAMA

KUCHING: Kuching City FC memintas Terengganu FC untuk berada di tangga keempat Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 di Stadium Negeri di sini, malam ini.

Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan demi serangan bagi melemahkan benteng pertahanan skuad bimbingan Victor Andrag.

Asakan Kuching City FC membuahkan hasil menerusi jaringan bekas penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-44, hasil hantaran mudah Tchetche Kipre, sekali gus meletakkan The Cats mendominasi perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kuching City FC yang dibimbing Aidil Sharin Sahak tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kedua menerusi Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, yang bijak mengambil peluang selepas menerima sepakan sudut pada minit ke-58.

Turun sebagai pemain gantian, penyerang berbisa tuan rumah Jordan Mintah menepati ramalan apabila meledakkan gol ketiga menerusi hantaran pendek pada masa kecederaan, sekali gus mengecewakan penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim yang berada jauh dari gawang.

Perlawanan malam ini dimulakan pada minit ke-17 selepas tertunda pada 24 Jan lepas berikutan hujan lebat dan keadaan padang yang becak.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kuching City kini berada di tangga keempat dengan 33 mata, satu mata mengatasi Terengganu FC, manakala Kedah di tangga ke-11 dengan 20 mata hasil daripada 20 perlawanan.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Abang Johari serikan majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak 2025
Next: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.