Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Ramadan ringankan beban 192 asnaf
  • WILAYAH

Sumbangan Ramadan ringankan beban 192 asnaf

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Mohamad Shafizan Kepli serta yang lain merakam gambar bersama golongan asnaf yang hadir semasa Program Ihya Ramadan: Santuni Asnaf di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau semalam. Foto UKAS

SEBUYAU: Seramai 192 penerima terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menerima sumbangan sempena Program Ihya Ramadan: Santuni Asnaf di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau semalam.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin dan Pejabat Daerah Sebuyau itu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba.

BANTU RAKYAT… Sekitar Program Ihya Ramadan: Santuni Asnaf di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau semalam. Foto UKAS

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli yang turut meluahkan harapan agar bantuan yang diberikan dapat membantu penerima menikmati Ramadan dengan lebih selesa.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima, bukan sahaja untuk persiapan Ramadan, malah sebagai persediaan menyambut Syawal nanti,” katanya dalam ucapan perasmian.

SERAH SUMBANGAN… Mohamad Shafizan Kepli menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan pada Program Ihya Ramadan: Santuni Asnaf di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau semalam. Foto UKAS

Seramai 230 hadirin termasuk wakil-wakil masyarakat tempatan turut serta dalam program ini.

Antaranya ialah Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya serta Penghulu Abu Seman Suhaili yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muflihin.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gadis Limbang cari bapa jadi wali
Next: Pembangunan inklusif pacu projek di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.