Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gadis Limbang cari bapa jadi wali
  • WILAYAH

Gadis Limbang cari bapa jadi wali

Utusan Sarawak 2 months ago
SITI Nor Jasnira Daniah Zaini

LIMBANG: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan tidak lama lagi

Siti Nor Jasnira Daniah Zaini, 22, dari Kampung Kuala Berawan berkata dia tidak bertemu dengan bapanya, Zaini, sejak berusia 13 tahun.

“Ketika saya berusia 13 tahun, saya dan dua abang saya tidak lagi berjumpa ayah hingga kini,” katanya kepada media hari ini.

Siti Nor Jasnira berkata, dia difahamkan bahawa ibu dan bapanya telah berpisah pada 2003 ketika dia masih berumur lapan bulan.

“Apabila kedua-duanya berpisah, saya semakin sukar untuk menjejaki ayah saya. Saya harap mereka yang ada maklumat dan mengenali ayah saya boleh tampil dan hubungi talian 013-6443930,” ujarnya lagi.

Beliau berkata daripada maklumat yang diterimanya, ia dipercayai bahawa ayahnya kini tidak berada di Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tujuh rumah panjang terjejas, tanah runtuh sebabkan jalan terputus
Next: Sumbangan Ramadan ringankan beban 192 asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.