Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tujuh rumah panjang terjejas, tanah runtuh sebabkan jalan terputus
  • Selatan
  • WILAYAH

Tujuh rumah panjang terjejas, tanah runtuh sebabkan jalan terputus

Utusan Sarawak 2 months ago
Kejadian tanah runtuh di Jalan Jambu Kerampak, Rantau Lelayang Spak hari ini, turut menjejaskan tujuh buah rumah panjang. Foto APM Betong.

BETONG: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku hingga menyebabkan jalan terputus di Jalan Jambu Kerampak, Rantau Lelayang Spak hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata tujuh rumah panjang terkesan dengan kejadian itu kerana jalan tersebut adalah akses utama penduduk ke sekolah, hospital dan pasar terdekat.

Malah katanya, jalan alternatif lain iaitu jalan balak tidak dapat digunakan pada musim hujan dan terlalu jauh.

Siti Huzaimah berkata pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong menerima panggilan kecemasan orang awam mengenai insiden itu sekitar jam 10.20 pagi tadi.

“Dengan pantasnya APM Betong menghantar empat anggota untuk memeriksa tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Pasukan penyelamat APM Betong yang tiba di lokasi mendapati runtuhan  tanah akibat dari pembetung yang tersumbat sehingga gagal menampung kekuatan arus sungai yang kuat kesan hujan lebat sejak petang semalam. 

“Kejadian runtuhan tersebut berlaku kemungkinan awal pagi ini dan jarak runtuhan sepanjang lebih kurang 35 meter,” katanya.

Siti Huzaimah bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian berlaku. 

“Semasa pemantauan dilakukan, masih terdapat kesan-kesan runtuhan aktif berlaku. Turut berada di lokasi adalah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong bersama pihak kontraktor,” katanya.

Siti Huzaimah menambah, jika ada sebarang kes kecemasan, sila hubungi nombor talian kecemasaan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Betong ditalian 083-472861.

Oleh ADI SAFARMAN 

Continue Reading

Previous: APM pantau banjir di dua lokasi
Next: Gadis Limbang cari bapa jadi wali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.