

LUBOK ANTU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lubok Antu menerima dua laporan banjir, hari ini.
Pegawai APM Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata laporan pertama adalah di Jalan Gerunggang, Engkilili, yang terjejas banjir setinggi 0.38 meter.
“Hasil pemantauan anggota APM sekitar 11.00 pagi mendapati kawasan sekitar Jalan Gerunggang dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut maklumat orang awam ketika ditemui, paras air mula melimpahi jalan terbabit pada jam 11.47 malam semalam.
“Paras air melimpah ke jalan dan meningkat hingga 0.38 meter bagaimanapun dijangka akan surut jika tidak berlaku hujan berterusan. Air yang meningkat disebabkan keadaan parit yang tersumbat dengan pelepah sawit dan hujan yang berterusan dari malam hingga ke pagi tadi.
“Jalan ini juga digunakan beberapa penduduk kampung antaranya Rumah Panjang Gerunggang dan Rumah Panjang Tabau. Penduduk kampung juga dapat menggunakan jalan alternatif lain yang masih boleh digunakan,” katanya.
Selain itu, Desem menyatakan bahawa pihaknya turut menerima laporan banjir di kawasan Mepi Pasir, Batang Ai Lubok Antu.


“Hasil pemantauan pada 11.45 pagi, didapati kawasan sekitar jambatan Jalan Mepi Pasir dalam keadaan selamat dan terkawal.
“Menurut orang awam, paras air mula melimpahi jalan pada 10.48 pagi dengan air melimpah ke jalan dan berketinggian 0.08 meter.
“Banjir adalah disebabkan keadaan hujan berterusan dari malam hingga pagi tadi serta faktor sistem perparitan yang tersumbat,” katanya.
Pada masa sama, Desem juga menggesa orang ramai untuk menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lubok Antu di talian 083-584639 jika berlaku sebarang bencana.
Oleh Adi Safarman

Pokok mangga tumbang, APM bersihkan laluan dalam 45 minit
SPAOH, 12 November: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya membersihkan laluan utama ke kebun penduduk di

APM Betong musnahkan sarang tebuan tanah di kebun penduduk Rian Batang
BETONG, 12 November: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menghapuskan ancaman sarang tebuan tanah di kawasan

IPD Bau adakan latihan pengendalian bot sebagai persediaan hadapi banjir
BAU, 11 November: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mengadakan latihan dalam perkhidmatan membabitkan pengendalian bot dan enjin sangkut di

AZAM dekati komuniti Rumah Panjang Jelia Kawi, kenal pasti keperluan pembangunan
BINTULU, 11 November: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mengadakan lawatan kerja dan sesi dialog bersama penduduk Rumah Panjang Jelia Kawi

