Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komited pulihkan, bantu mangsa terjejas banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Komited pulihkan, bantu mangsa terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
AHLI Salvation Army menyampaikan bantuan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas banjir di Taman Bukit Orang, Bintulu baru-baru ini.

BINTULU: Salvation Army menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Taman Bukit Orang, yang terjejas akibat banjir besar baru-baru ini.

Banjir yang melanda menyebabkan banyak kediaman ditenggelami air, mengakibatkan kerugian besar kepada penduduk. 

Susulan itu, Salvation Army bertindak menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan.

Bantuan-bantuan tersebut termasuk sumbangan bekalan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan garam. 

Selain itu, perhatian khusus turut diberikan kepada pendidikan kanak-kanak dengan menyediakan barangan kelengkapan sekolah bagi memastikan sesi pembelajaran mereka tidak terganggu.

Menurut kenyataan Salvation Army, usaha menghulurkan bantuan-bantuan tersebut akan diteruskan bagi membantu mangsa banjir kembali pulih. 

“Kami komited untuk menyokong komuniti yang terjejas, bukan hanya dalam aspek keperluan harian tetapi juga dalam memastikan masa depan anak-anak mereka tidak terabai,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang turut menyumbang boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan atau dana. Dengan sokongan masyarakat, penduduk yang terkesan diyakini mampu bangkit semula dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eratkan hubungan jabatan, masyarakat menerusi program bubur lambuk
Next: APM pantau banjir di dua lokasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.