Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eratkan hubungan jabatan, masyarakat menerusi program bubur lambuk
  • Utara
  • WILAYAH

Eratkan hubungan jabatan, masyarakat menerusi program bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago
POSTER info Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Tanah dan Survei (Landas) Miri.

MIRI: Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Tanah dan Survei (Landas) Miri akan mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk, esok (13 Mac).

Menurut kenyataan Landas, program itu akan diadakan di Pekarangan Wisma Pelita Tunku, Miri (sebelah Terminal Bas Miri) yang bermula dari 3.30 petang.

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif bersama surau Landas Miri dalam mengeratkan hubungan antara pihak jabatan dengan komuniti sekali gus memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada Ramadan ini.

Bubur Lambuk, hidangan tradisional negara, sering dikaitkan dengan Ramadan dan menjadi simbol perpaduan serta kemurahan hati rakyat.

“Impak program ini ialah saling membantu, yang memberi peluang kepada kakitangan jabatan untuk berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan sekali gus memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan dan masyarakat.

“Selain meningkatkan kesedaran komuniti, masyarakat setempat turut dapat mengenali Landas dan berasa lebih dekat dengan pihak jabatan.

“Program ini juga menyumbang kepada pembinaan imej positif jabatan dengan masyarakat serta menonjolkan peranan jabatan dalam usaha pembangunan sosial dan kemanusiaan,” jelasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Skim penanaman padi Sungai Bapak manfaatkan pemilik tanah
Next: Komited pulihkan, bantu mangsa terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.