Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Golf Kumpulan Rimbunan Hijau tawar enam hadiah lumayan RM2.6 juta
  • SUKAN

Kejohanan Golf Kumpulan Rimbunan Hijau tawar enam hadiah lumayan RM2.6 juta

Utusan Sarawak 2 months ago
TAJAAN… Tiong (enam, kiri) merakam kenangan bersama para penaja kejohanan pada sidang media, hari ini. Turut kelihatan ialah Thomas (lapan, kanan).

SIBU: Kejohanan Golf sempena sambutan Jubli Emas Kumpulan Rimbunan Hijau menawarkan enam hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan RM2.6 juta.

Pengerusi penganjur kejohanan, Dato Thomas Tieng Mee Tung, berkata enam hadiah untuk kategori ‘hole in one’ itu ialah sebuah Toyota Camry 2.5 HEV, dua jengkuat (excavator), sebuah jengkaut (backhoe), dan dua traktor.

“Saya diberitahu ini adalah hadiah ‘hole-in-one’ paling lumayan yang pernah ditawarkan dalam kejohanan golf di Malaysia, setakat ini.

“Pemain golf profesional tidak boleh mengambil bahagian untuk kejohanan ini kerana mereka tidak akan layak untuk mana-mana ‘hole-in-one’.

“Selain hadiah utama, akan ada hadiah lain untuk kategori berbeza, termasuk kategori senior dan wanita. 

“Setiap kategori akan mempunyai kira-kira 15 hadiah, jadi peserta akan mempunyai idea yang jelas tentang apa yang mereka berpeluang untuk menangi,” katanya.

Thomas berkata demikian pada sidang media majlis penyerahan tajaan hadiah Kejohanan Golf sempena sambutan Jubli Emas Kumpulan Rimbunan Hijau, hari ini.

Menurutnya, kejohanan selama dua hari itu, dijadualkan pada 10 Mei dan 12 Mei, terhad kepada 144 peserta setiap hari.  

“Kami menjangkakan lebih 144 pendaftaran, tetapi kami hanya boleh memuatkan maksimum 144 pemain bagi kategori terbuka pada 10 Mei ini.  

“Pada 12 Mei, kami akan menjadi tuan rumah kepada tetamu jemputan dan VIP, dengan had peserta yang sama. Kereta golf buggy akan disediakan dengan konsep siapa cepat dia dapat,” ujarnya.

Katanya, pendaftaran peserta akan dibuka pada 15 Mac ini dan pihaknya akan menghantar jemputan kepada semua kelab golf untuk menyertai kejohanan ini.

Pada sidang tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Rimbunan Hijau (RH), Datuk Tiong Thai King menerima tajaan kejohanan daripada para penaja.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Yakin JDT terus berkembang
Next: Kuching City benam Sang Kenari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.