Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JIM Lawas digesa bersiap sedia menjelang Aidilfitri
  • Utara
  • WILAYAH

JIM Lawas digesa bersiap sedia menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
TERBAIK… Dato Henry Sum Agong berbincang dengan anggota polis JIM Lawas semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Lawas, baru-baru ini.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong menggesa pihak Jabatan Imigresen (JIM) Lawas untuk melakukan persiapan awal bagi menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada penghujung bulan ini.

Perkara ini adalah penting bagi memastikan kesesakan di pintu sempadan antara Lawas dengan Brunei di Mengkalab, Trusan dan sempadan dengan Sabah di Merapok berjalan lancar.

“Setiap tahun, kita berdepan masalah kesesakan di pintu sempadan Mengkalab Trusan dan Merapok pada setiap musim perayaan, jadi saya mahu semua pihak terlibat dapat membuat persiapan awal.

Ini termasuklah penambahan kaunter, pertambahan pegawai dan juga kerjasama dengan pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Lawas.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa isu sempadan melibatkan Brunei masih berada dalam perbincangan antara kedua negara sahabat.

Pada masa sama, beliau memuji usaha keras JIM Lawas yang telah berjaya mengatasi masalah kesesakan teruk di sempadan Brunei dan Sabah sejak 2024.

Malah, peranan PDRM Lawas turut mendapat penghargaan Henry Sum atas komitmennya yang tinggi dan keberadaan mereka di pelbagai lokasi untuk memantau keselamatan di Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Risiko rendah, modal kecil jadikan bazar Ramadan platform terbaik golongan muda mulakan perniagaan
Next: Skim penanaman padi Sungai Bapak manfaatkan pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.