Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar lancar buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI
  • NASIONAL

Anwar lancar buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI

Utusan Sarawak 2 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (dua, kiri) meluncurkan Buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri, malam tadi. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) malam tadi melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.

Buku yang menghimpunkan koleksi ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilancarkan dalam satu majlis di Angkasapuri Kota Media, semalam.

Buku berkenaan mengandungi 30 teks ucapan Anwar yang menekankan hal-hal berkaitan integriti dan tatakelola.

IIM dalam kenyataan memaklumkan penerbitan buku tersebut dilihat menjadi pendorong terhadap usaha kerajaan MADANI yang komited untuk meningkatkan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dengan sasaran mencapai kedudukan ke-25 menjelang 2033.

“Matlamat ini memerlukan usaha kolektif daripada kerajaan, sektor swasta dan masyarakat melalui reformasi perundangan, ketelusan pentadbiran serta pendidikan berterusan mengenai integriti.

“Buku ini berupaya menjadi rujukan penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah selain berperanan sebagai pemangkin untuk mewujudkan masyarakat yang telus serta mengamalkan nilai-nilai berintegriti,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, IIM akan terus komited dalam memupuk kesedaran, menyediakan latihan dan menjadi rujukan utama bagi sektor awam dan swasta dalam meningkatkan tatakelola yang cekap serta berkesan.

Majlis itu dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PEACE Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusof.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Elaun Ahli Parlimen boleh cecah RM40,000 sebulan
Next: Anwar santuni pengamal media pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.