Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh ancam keselamatan warga SK Balong
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh ancam keselamatan warga SK Balong

Utusan Sarawak 2 months ago

SARIKEI: Satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Balong. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut menerusi satu panggilan kecemasan sekitar 7.35 pagi tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga orang anggota bomba bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemantauan. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat runtuhan tanah telah berlaku,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. 

Katanya, anggota bomba memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan tanah runtuh. 

“Tali sawar-sawar turut dipasang di kawasan berdekatan yang berisiko berlaku tanah runtuh. 

“Operasi pemantauan tanah runtuh selesai sepenuhnya pada 8.30 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 861 individu terima sumbangan sempena Program Jelajah Ramadan
Next: Tingkatkan kebersihan dalam penyediaan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.