Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM100,000 untuk Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

RM100,000 untuk Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH DANA… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan dana daripada Pusat Khidmat Kuala Rajang kepada Pengurus LAKISRI, Awangku Suhaili Awangku Mohammad.

SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh telah menyerahkan dana daripada Pusat Khidmat Kuala Rajang kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) berjumlah RM100,000. 

Dana tersebut diserahkan kepada wakil LAKISRI iaitu Pengurus LAKISRI, Awangku Suhaili Awangku Mohammad.

Penyerahan dana dijalankan di Masjid Al-Muttaqin sempena Program Jelajah Ramadan, baru-baru ini.

Selain itu, Len Talif turut menyerahkan sumbangan duit raya berjumlah keseluruhan RM13,950 kepada 279 orang penerima dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Century, JKKK Jalan Haji Karim, JKKK Jalan Baji, JKKK Drahman Keria dan JKKK Keria.

Penerima merupakan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, asnaf dan anak yatim.

Program tahunan sempena Ramadan ini juga adalah untuk memastikan mereka juga dapat merasai kegembiraan menyambut kedatangan Syawal nanti.

Hadir bagi mewakili para penerima adalah ketua kaum lima kawasan JKKK tersebut. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kuih tradisional masih digemari
Next: 36 anak yatim, asnaf terima sumbangan sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.