Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kemalangan empat bas ragut enam nyawa
  • GLOBAL

Kemalangan empat bas ragut enam nyawa

Utusan Sarawak 2 months ago
KEMALANGAN NGERI… Anggota bomba dan pegawai polis semasa berada di lokasi kejadian kemalangan yang melibatkan empat bas di Laluan 5, berhampiran Bandar Coquimbo, Chile pada 11 Mac 2025. Foto AFP

SANTIAGO: Satu kemalangan melibatkan empat bas di utara Chile meragut nyawa enam penumpang dan mencederakan 11, kata pihak berkuasa, dengan Presiden Chile, Gabriel Boric melabelkan kemalangan tersebut sebagai ‘tragedi ngeri’.

Laporan saksi di lokasi kejadian berkata dua bas yang rosak telah berhenti di tepi Lebuhraya Pan-American sebelum matahari terbit.

Bas ketiga kemudian merempuh dua bas tersebut manakala bas keempat merempuh belakang bas ketiga, sekali gus melanggar beberapa penumpang yang telah keluar dari bas-bas tersebut.

Enam mangsa, termasuk pemandu bas keempat telah maut, kata pegawai polis, Juan Munoz dari Wilayah Coquimbo.

Sementara itu, sebelas lagi mangsa dilaporkan cedera, dengan dua daripadanya kritikal.

Susulan kemalangan tersebut, sebahagian daripada lebuh raya itu telah ditutup, kata pegawai. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gaza kian ‘tenat’
Next: Rentasi kawasan pergunungan demi selamatkan nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.