Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Elaun Ahli Parlimen boleh cecah RM40,000 sebulan
  • NASIONAL

Elaun Ahli Parlimen boleh cecah RM40,000 sebulan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PMO dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu susulan dakwaan sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen sendiri, yang mendakwa pendapatan mereka terlalu rendah sehingga terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan seharian.

Menurut kenyataan itu, berikut adalah butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh:

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Dalam Negara:

  • Elaun Hadir Persidangan: RM400 sehari
  • Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) / Jawatankuasa Pilihan Khas: RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang)
  • Elaun Mesyuarat Ahli PAC: RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang)
  • Elaun Mesyuarat Taklimat Rasmi: RM300 sehari
  • Elaun Hidup Harian: RM100 sehari (dibayar berdasarkan kehadiran ke Dewan atau perjalanan rasmi melebihi 32km)
  • Tuntutan Perjalanan: Memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam atau udara
  • Tuntutan Penginapan: Hotel, lojing dan dobi

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Luar Negara:

Elaun Makan: RM340 semalam

Elaun Hidup Harian: RM170 sehari

Tuntutan Penginapan: Hotel dan dobi

Tuntutan Pengangkutan: Pengangkutan darat dan udara

Tuntutan Kerugian Pertukaran Mata Wang Asing

Tip: 25 peratus daripada elaun makan

“Apabila dicampurkan, jumlah pendapatan seorang Ahli Parlimen boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan berkenaan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua Ahli Parlimen agar bijak mengurus kewangan dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang jauh lebih memerlukan bantuan.

Semalam, Anwar berkata pembangkang sengaja memainkan isu ini untuk menarik perhatian umum, sehingga ada yang mendakwa menghadapi beban kewangan dan terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan serta elaun mereka boleh menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.

Beliau turut menegaskan bahawa peruntukan bagi kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai pembangkang tetap disalurkan kepada rakyat tanpa mengira parti politik.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Hawana 2025 diadakan Jun ini
Next: Anwar lancar buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.