Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Merajuk, hilang ditegur bapa angkara main telefon
  • JENAYAH

Merajuk, hilang ditegur bapa angkara main telefon

Utusan Sarawak 2 months ago

SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan kehilangan dibuat oleh bapanya berusia 46 tahun pada 9.27 pagi semalam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai keluar rumah pada petang Ahad selepas ditegur bapanya kerana terlalu leka bermain telefon selain akses Internet disekat.

“Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.

“Ciri-ciri fizikal mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter (cm), berat badan 53 kilogram, berkulit sawo matang dan berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja berkenaan keluar dari rumah dengan memakai baju putih lengan panjang, tudung berwarna hitam, seluar panjang hitam dan membawa satu beg sandang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nor Sabryna Mohammad Taha di talian 014-5130450,” katanya.

– BERNAMA 

Continue Reading

Previous: KLIA: ‘Ulat kad sim’ dicekup
Next: Dua wanita ditahan, bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.